antara FITRAH dan FITNAH

In The Name of Allah
Segala puji bagi Allah S.W.T, Pencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para mujahid mujahidah yang terus tegar dalam menengakkan kebenaran Islam. Dalam menuruskan perjuangan sunnnah Rasulullah S.A.W ini, marilah sama-sama kita memohon keampunan dariapadaNYA atas kekhilafan diri dalam melaksanakan tanggungjawab serta sama-sama kita meneruskan perjuangan ini hanya dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.
Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang menyentuh hati-hati ini serta mengizinkan untuk terus menyampaikan kebenaran dan peringatan bersama. semoga niat utama perkongsiaan ini hanyalah bertujuan mengharapkan REDHANYA semata-mata. InsyaAllah.
Sahabat sekalian, jika difikirkan, setiap hari ada sahaja silap dan dosa yang kita lakukan. Yang kadangkala di luar kesedaran kita. Fitrah kita sebagai manusia mengharapkan kebaikan dan pahala tetapi tingkah laku kita selalu sahaja mengundang dosa serta menimbulkan fitnah. keinginan dan hasrat ke arah kebaikan adalah fitrah tetapi hasilnya adalah satu fitnah..na'uzubillah..sama-sama kita fikir-fikirkan adakah fitrah kita ini terjaga dan fitnah dapat dielakkan dengan tingkah laku yang kita lakukan seharian samada dalam keadaan sedar atau tidak yang akan mengundang dosa.

Tetapi sahabat-sahabatku, pernahkah terlintas di hati kita, betapa Allah itu sangat pemurah. DIA YANG MAHA PEMURAH tidak mudah mencampakkan azab kepada kita walaupun dengan dosa yang telah kita lakukan sudah cukup untuk DIA tidak mempedulikan kita. Namun, DIA masih sudi memandang kita, masih sudi melimpahkan ni'mat dan mencurahkan rezeki yang kadangkala datang dari jalan yang tidak kita sangka-sangka. Betapa pemurahnya ALLAH, tetapi sebanyak manakah KESYUKURAN kita pada-NYA?

-tepuk dada tanyalah iman pada diri kita sendiri-

sama-sama kita berdoa semoga kita tergolong antara hamba-NYA yang sentiasa bersyukur kepada-NYA
insyaAllah
Pak Lebai berbaju merah
Sekali tengok seperti dipanah
Belum kenal siapa dia, mesti bertanya
Amalkan fitrah
Elakkan fitnah
Agar hidup kita sentiasa diredhai-NYA
wallahua'laam

No comments:

Post a Comment