perjalanan perlu diteruskan...

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat...alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup sebagai pengembara di muka bumi milik Pencipta,Allah s.w.t, serta masih dengan ni'mat yang teragung dariNYA iaitu islam dan iman.

Hidup sebagai seorang pengembara memungut hasil yang suci di persinggahan ini menuju kehidupan abadi di akhirat kelak sangat memerlukan ketabahan, semangat dan kesungguhan yang kuat...

pesan seorang guru :
"Kejayaan bknnya selalu dimiliki dan bukan juga bergantung pada usaha semata-mata, soal utama dan pertama adalah keberkatan dariNYA. Bukan hendak menafikan titik peluh selama ini, tetapi haruslah sedar, bahawa adanya ALLAH yg mengatur segalanya. Biarpun sejuta ilmu telah kita dalami ia tidak berharga andai tiada keberkatan dariNYA kerana DIA pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia dia alam maya.
Hadirkan dalam hati keinsafan hanya ilmu menjadi wadah mendekati ALLAH. luruskan niat belajar dan berharap sepenuhnya kepada ALLAH s.w.t"

No comments:

Post a Comment