antara FITRAH dan FITNAH

In The Name of Allah
Segala puji bagi Allah S.W.T, Pencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, para mujahid mujahidah yang terus tegar dalam menengakkan kebenaran Islam. Dalam menuruskan perjuangan sunnnah Rasulullah S.A.W ini, marilah sama-sama kita memohon keampunan dariapadaNYA atas kekhilafan diri dalam melaksanakan tanggungjawab serta sama-sama kita meneruskan perjuangan ini hanya dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.
Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang menyentuh hati-hati ini serta mengizinkan untuk terus menyampaikan kebenaran dan peringatan bersama. semoga niat utama perkongsiaan ini hanyalah bertujuan mengharapkan REDHANYA semata-mata. InsyaAllah.
Sahabat sekalian, jika difikirkan, setiap hari ada sahaja silap dan dosa yang kita lakukan. Yang kadangkala di luar kesedaran kita. Fitrah kita sebagai manusia mengharapkan kebaikan dan pahala tetapi tingkah laku kita selalu sahaja mengundang dosa serta menimbulkan fitnah. keinginan dan hasrat ke arah kebaikan adalah fitrah tetapi hasilnya adalah satu fitnah..na'uzubillah..sama-sama kita fikir-fikirkan adakah fitrah kita ini terjaga dan fitnah dapat dielakkan dengan tingkah laku yang kita lakukan seharian samada dalam keadaan sedar atau tidak yang akan mengundang dosa.

Tetapi sahabat-sahabatku, pernahkah terlintas di hati kita, betapa Allah itu sangat pemurah. DIA YANG MAHA PEMURAH tidak mudah mencampakkan azab kepada kita walaupun dengan dosa yang telah kita lakukan sudah cukup untuk DIA tidak mempedulikan kita. Namun, DIA masih sudi memandang kita, masih sudi melimpahkan ni'mat dan mencurahkan rezeki yang kadangkala datang dari jalan yang tidak kita sangka-sangka. Betapa pemurahnya ALLAH, tetapi sebanyak manakah KESYUKURAN kita pada-NYA?

-tepuk dada tanyalah iman pada diri kita sendiri-

sama-sama kita berdoa semoga kita tergolong antara hamba-NYA yang sentiasa bersyukur kepada-NYA
insyaAllah
Pak Lebai berbaju merah
Sekali tengok seperti dipanah
Belum kenal siapa dia, mesti bertanya
Amalkan fitrah
Elakkan fitnah
Agar hidup kita sentiasa diredhai-NYA
wallahua'laam

Kerana Dirimu Begitu Berharga

salam sejahtera sahabat2 semua...semoga kita semua masih dalam keredhaannya sepanjang waktu dan selamanya..insyaAllah..pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian satu nukilan yang dihadiahkan daripada sahabat saya..

"kerana Dirimu Begitu Berharga"

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan nur,
Hati yang sentiasa mengingati mati,
Yang mencintai Allah dan Rasul dan yang taat kepada kedua ibubapamu,
Kau pertahankan hijabmu meskipun dunia memandang dengan penuh kehinaan,
tetapi ketahuilah...
sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggaan kalimah Allah...

Ukhti ku...

Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan,
Akhlakmu terpelihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari segala nila,
Dan yang paling melembutkan hati...
Tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati.
Bila bertembung dengan jejaka bukan muhrimmu,
kau tunduk memandang bumi...

Mengingatkan ku tentang Firman Allah s.w.t:
" dan katakanlah kepada para perempuann yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutukan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki(tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan),atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. " (an-Nur:31)

Juga mengingatkan aku kepada Amirul Mu'minin di zaman Rasulullah S.A.W, Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Ukhti solehah..

Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap...
dibalut dan disimpan di tempat yang selamat.
Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi..
namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi,
beribadat...bibirmu berzikir mentilawah Al-Quran,
tahajjud, witir dan amalan-amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlaqmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Cermin ajaibku....

sebelum mengakhiri coretanku..
kutitipkan Firman Allah S.W.T buatmu...

"perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik. dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)..." (An-Nur:26)

kekalkan hijabmu hingga ke akhir hayatmu...
Kau idaman lelaki beriman,
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah,
dan wanita solehah itu adalah perhiasan dunia...

Ukhti...

bahagiamu adalah bahagiaku
sedihmu juga sedihku
tawamu, tawaku juga
tangismu adalah tangisku
Semoga Allah yang Maha Indah,
memudahkan langkah ini...
memberikan yang terbaik menurutNya
dan menjadikan wanita dan isteri juga ibu solehah.

...syukran kathir ya ukhti Nurul Nadrah...




perjalanan perlu diteruskan...

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat...alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup sebagai pengembara di muka bumi milik Pencipta,Allah s.w.t, serta masih dengan ni'mat yang teragung dariNYA iaitu islam dan iman.

Hidup sebagai seorang pengembara memungut hasil yang suci di persinggahan ini menuju kehidupan abadi di akhirat kelak sangat memerlukan ketabahan, semangat dan kesungguhan yang kuat...

pesan seorang guru :
"Kejayaan bknnya selalu dimiliki dan bukan juga bergantung pada usaha semata-mata, soal utama dan pertama adalah keberkatan dariNYA. Bukan hendak menafikan titik peluh selama ini, tetapi haruslah sedar, bahawa adanya ALLAH yg mengatur segalanya. Biarpun sejuta ilmu telah kita dalami ia tidak berharga andai tiada keberkatan dariNYA kerana DIA pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia dia alam maya.
Hadirkan dalam hati keinsafan hanya ilmu menjadi wadah mendekati ALLAH. luruskan niat belajar dan berharap sepenuhnya kepada ALLAH s.w.t"