SalaM kemerdekaan ke-52

Sempena kemerdekaan ke-52 yg jatuh pada bulan Ramadhan tahun ni...jom sama2 kita semua berdoa agar kita semua merdeka dan bebas dari azab seksaan neraka jahannam di akhirat kelak dan juga merdeka dari godaan syaitan di dunia ini....
JOM kita rebut kemerdekaan yang hakiki yg patut di capai oleh umat Islam yg mempunyai kesedaran...

Ahlan Ya Ramadhan 1430H / 2009M

" Ramadhan bulan ibadah bulan kerahmatan dan keampunan. para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda "


Ramadhan bulan yng diwajibkan berpuasa dan juga bulan tarbiyyah untuk ummat islam.



Allah S.W.T berfirman, maksudnya :" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa." ( surah al-Baqarah : 183 )



Kita berpuasa daripada segala-galanya tetapi penuh di isi dengan amalan-amalan sunat menampung ibadah sepanjang hayat. Betapa pemurahnya Allah S.W.T memberi peluang pada umatNYA untuk meng'update' dan men'top-up'kan amalan yang kurang dengan memberi serta menemukan kita dengan Ramadhan yang penuh rahmat ini.




Bersyukur sepenuh hati kerana masih di beri peluang untuk gandakan ibadah serta mentarbiyyah diri di bulan ini yang penuh dugaan dan pancaroba hidup dan nafsu.




Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya :


" Barangsiapa mendirikan malam-malam dalam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala ( dari Allah ) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " ( Hadith Muttafaqu 'Alaih )




" Permulaan Ramadhan dikatakan Rahmat, Pertengahannya adalah Maghfirah ( diberi keampunan ), dan penghujungnya di bebaskan dari azab api neraka "